HULU SELANGOR: Kemajuan pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata bagi Selangor khususnya, projek berkenaan telah mencatat kemajuan melebihi 26 peratus hingga bulan lepas selaras dengan jadual penyiapan jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang pada Disember 2027, manakala pengoperasian dijangka bermula Januari 2028.
"Pada hari ini lebih 100 kilometer (km) (rel) sudah pun diletakkan. Saya difahamkan setiap hari lebih 1km trek dapat disiapkan. Projek ECRL memang ada efisiensi kerja yang tinggi. Setiap hari ada prestasi dan kemajuannya, ikut hari bukan bulan, jadi itu sebab projek ini berjalan amat lancar.
"Untuk makluman rangkaian ECRL di Selangor yang hampir 120km, telah menetapkan lima stesen iaitu Terminal Bersepadu Gombak, Kapar dan Jalan Kastam bagi tujuan penumpang sahaja, manakala stesen Bandar Serendah dan Puncak Alam adalah stesen gabungan penumpang dan kargo," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya ECRL di sini hari ini.
Menurutnya kawasan Serendah di sini akan menjadi stesen utama bagi menghubungkan laluan Pelabuhan Klang dan pantai timur sekali gus mampu menjadikan kawasan berkenaan sebagai hab logistik yang penting.
"Jajaran ECRL yang melintasi Selangor dapat merancakkan sektor pelancongan, perhotelan dan perniagaan di Batang Kali, yang turut berpotensi dijadikan pusat pengangkutan kereta api bagi memacu industri berkenaan.
"Hasrat itu boleh dicapai dengan pembinaan 'Pintasan Serendah' ke Pelabuhan Klang yang merangkumi trek tolok standard untuk ECRL dan trek tolok meter untuk KTMB, sekali gus memperkukuhkan daya saing pengangkutan rel kargo serta sektor logistik dan pengendalian kargo setempat," jelasnya
Mengulas mengenai pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan rel infrastruktur berkenaan, beliau berkata di jajaran pantai timur ia telah selesai sepenuhnya manakala di Selangor pemaju telah diberi masa selama setahun lagi untuk menyelesaikan perkara itu.
Berkenaan Karnival Kerjaya itu, Loke berkata ia merupakan sebahagian daripada Program Mesra ECRL yang turut diisi dengan aktiviti temuduga terbuka bagi Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) yang menawarkan peluang latihan dan pekerjaan kepada warga tempatan untuk menyertai perkhidmatan projek infrastruktur mega itu.
Inisiatif PLKI-ECRL dijangka melatih 1,800 pelatih untuk terbabit dalam fasa pembinaan projek itu, serta 3,200 pelatih bagi fasa pengoperasian dan penyelenggaraan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Menteri Pengangkutan Anthony Loke (kanan) melihat peta laluan projek ECRL pada Program Karnival Kerjaya ECRL di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali hari ini. - Foto Bernama
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
Hannah Yeoh ucap tahniah pelantikan Nicol David sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.
Serangan udara Israel bunuh 20 orang, cederakan puluhan awam di tengah Gaza
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat.
Fahmi kecam tindakan mengugut Teresa Kok
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan menerima surat ancaman dan dua peluru.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
Negara pesat membangun Asia Tengah berpotensi jadi rakan kerjasama strategik Malaysia - PM Anwar
Jaringan dengan negara-negara yang sedang pesat membangunkan itu amat penting dalam keadaan dunia yang tidak menentu hari ini.
Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya.
Wai Ching takluk Menara Naza
Pelari menara nombor satu dunia itu jelas berada dalam kelas tersendiri sejak di awal saingan sebelum berjaya menawan menara setinggi 49 tingkat berkenaan.
Lebih 17,000 warga emas meninggal dunia sendirian di rumah
Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu.
AWANI Ringkas: Menteri ingatkan jangan ambil tindakan ekstrem
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem
Projek ECRL memulakan kerja pemasangan sistemnya yang menandakan fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat pengujian dan pengoperasian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
ECRL: Kerja alih, pindah kubur di Selat Klang ditangguh seminggu - Amirudin
Kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan kepada pembangunan projek ECRL yang dijadualkan esok, ditangguhkan seminggu.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI.
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain.